Followers

Monday, January 11, 2010

NERAKA


aku dapat satu emel..tentang kejadian NERAKA..aku takut..yg paling bawah dalam neraka itu adalah org2 munafik..dan yg paling derita adalah rg2 yg berdosa besar dikalangan umat nabi Muhammad SAW yg tidak sempat bertaubat sebelum mati. aku sgt takut. aku kene cek. aku ada dosa besar x? ada buat perkara2 munafik? dan dah bertaubat ke blum...

persoalannya, kita dh bertaubat atau belum...Allah itu Maha Pengampun. namun kita lah yg harus sungguh2 untuk bertaubat.

ya Allah..moga aku dan keluargaku, sahabat2ku, umat islam, terhindar daripada api nerakaMu..amin..
Continue reading...

it depends...


Bismillahirahmanirahim.........

bak kata pujangga " org xberapa bijak ckp ttg manusia. org bijak ckp ttg cerita. org yg sgt bijak ckp ttg idea" ..aku?

mcm2 hal sekarang ni. penggunaan nama Allah, kehilangan engine jet, dan gereja dibakar...

pada aku...apa agendanya? ideanya? kalau org tanye, aku jawab, it depends..

dlm pada ini, aku sebenarnya pening..dengan masa depan yg aku kira aku mcm samar2. padahal, sebelum ni, aku sgt yakin. entahlah. sejak bertahun yg lepas, aku ini sebenarnya planner untuk masa depan aku sendiri. tiap2 sem dan tahun, aku plan nk buat ape. at least satu daripada dua yg aku plan, terjadi. tapi sejak tahun lepas, kes depresi tu punya pasal, aku dh jadi buntu sekarang. mak pulak dah start tanye ttg rumah dan tangga kat umah pakcik karin. pening2..

sekarang ni, apa yg aku risau ialah, kerja, dakwah, nk bayar hutang belajar, bantu adik2 dan balas budi mak ayah. aduhai..moga2 Allah tunjukkan jalan..

dlm hal ibadah dan dakwah, aku ingin jadi lebih baik. mggu ni ada ISK. talk about history of Islam. insyaallah. aku harap aku dan sahabt2 semua dimudahkan.

tiap2 hari, aku cadangkan pada semua org. mesti minimize kan dosa dan maximum kan pahala. aku nk cuba tuh. ni bukan perkara main2. tapi serius. bak kata hadis (aku xingat perawi nye sape). beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok. tapi bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup selama2nya kat dunia ni..

so, papepun, Islam..kes kat atas tu..still it depends...hmmmmmmmmm...
wallauhalam...
Continue reading...

Tuesday, January 5, 2010

Lelah di Pertengahan Jalan


bismillahirahmanirahim..

setahun sudah berlalu..mgkin setahun lebih. dakwah aku rapuh..terlalu rapuh. bukan aku sengaja..aku sendiri tidak mengerti. mengapa aku terlalu ikutkan emosi, melayan takdir buruk yg sepatutnya aku syukuri sejak dulu. namun, aku jugak manusia biasa. yg adakalanya, rapuh iman dan taqwa serta amalan...bukan aku xcuba untuk membuang depresi dan pemikiran2 negatif dalam diri ku ttg kehidupan derita yg pernah aku lalui kerna peristiwa itu. tapi aku xtahu cara apa yg benar, lantaran aku ini perahsia.

namun, setelah lama ia berlalu, akhirnya, tiada lagi rasa sedih, sesal atau kecewa atas pengalaman lalu. apa yg aku tahu dan rasa, yg lalu, biarkan lah berlalu. hidup ini ada makna. ada tujuan. ada sebab. bak kata KM.. 'min aina?', 'ila aina?' wa 'limaza?'....semuanya ttg hidup. itu semua urusan Allah. Dia hanya melihat usaha kita. kemana kita. bukan ttg masa lalu kita..
ditambah lagi dgn sahabat2 yg memahami, ibu bapa dan bi the comotest hadir dlm hidup ini..aku syukur..ketegasan bi, banyak mengubah aku jadi memahami bahawa hidup mmg kebebasan..namun disandar dengan peraturan2 Islam..

kala ini, aku dan sahabat2 antara the front desk..barisan admin dlm dakwah kampus. bukan mudah andai jiwa rapuh...namun kucuba juga walaupun aku hanya penyokong mereka..

bak kata ustaz, bina manusia dan kenali potensi diri mereka..carilah kekuatan dalaman mereka. ketetapan jiwa...iaitu iman, izzah dan amal..lalu lahirlah manusia tarbiyah yg akan sggup berjuang dan berkorban hanya untuk Islam..insyaallah..(majmu' rasail)..
Continue reading...

Sunday, January 3, 2010

Ketenangan dalam Perjuangan



minggu lalu, penuh dengan isi tarbiyah. semangat ku pun makin pulih, bila paradigma dan ingatan2 ttg sejarah kita diulang2 lagi. mungkin benar kata pujangga..sejarah itu ibarat bermain wayang, diulang, ulang, ulang lagi..namun, tidak lah mustahil untuk kita pula menjadi sejarahnya. sejarah ketika Islam di puncak tamaddun dahulu. insyaallah..


ada video ttg kedatangan Rasulullah di Madinah. bergembiralah saat itu org2 ansar dan muhajirin. sudah hilang sendu sedih resah jahiliyah yg menghimpit. aku jadi terharu saat itu. andai nabi disini sekarang, tentu sahaja, umat islam kembali gemilang.


sedari pulang dari reunion, bi cerita padaku. teman2 nya yg ramapt tika sekolah dulu, kini tidak lagi memegang Islam dalam diri mereka. bercampuran lelaki dan wanita dalam segala aktiviti. aku tangis lagi. mengapa begitu. aku lihat foto2 bi. benar! dia keseorangan. antara sahabat dan Islam, dia memilih untuk menyendiri tanda dia tidak setuju dengan mungkar depan mata. aku bangga dengan bi. dia benar2 berusaha bila dia melarang mereka untuk tidak terlalu keterlaluan dalam ikhtilat..namun, siapa dia...dia cuma sahabat yg tiada apa2 dibandingkan nafsu yg meraja..aku jadi sedih..


aku terfikir2..barangkali andai Al-Fateh masih ada, entah2 cume 2, 3 kerat saja yg layak mengikut nye berperang dan mati syahid. mengapa tidak, tanya saja siapa yg tidak pernah meninggalkan tahjud dan solat sunat? ada? ada kah? aku sendiri pun belum berjaya. kuharap, nanti aku jadi seperti mereka...


aku tenang dalam perjuangan ini. membina insan2 agar tetap dalam agama. lalu mereka menyampaikannya pada yg lain. dan ramailah umat manusia yg tetap dalam Islam. aku xrugi semua itu. kelelahan dan penat itu Allah telah nilai.moga nawaitu ikhlas hanya pada Mu tuhanku...
Continue reading...

Tuesday, December 15, 2009

Diratah???!



Bismillahirahmanirahim...

bila aku terbaca berita tentang "tgk anak diratah 5 lelaki" kat newspaper kat kedai tadi, aku jadi geram sgt..tension, takut semuanya ada..aksi mereka dirakam..bukan dirogol, tapi berasmara..apakah?

aduh...sakit..ya Allah..dunia ni xselamat lagi. SEKS, SEKS, SEKS...dah jadi benda paling syok kat dunia. lantak la sape pn partner nye, asal puas, kira ok lah..haih..tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah..cepatlah datang..pada duat..cepatlah sampai..

ye..mmg aku pn takut sebenarnya. tapi sape yg boleh kata apa..salah PM ke? atau menteri kabinet? xpun mak bapak? atau cikgu kat sekolah?

Baitul Muslim..sebelum itu adalah Individual Muslim. aku agak cara paling berkesan adalah tarbiyah. buat mcm Rasulullah ajar dulu2. insyaallah..

aku yg xtenang sekarang..rasa seram nk baca paper lagi..huh!

p/s: sinari hati yg mati dgn istighfar dan doa..zikir dan buatlah kebaikan sebanyak yg mampu..moga2 Allah selamatkan kita dari jahiliyah akhir zaman yg lebih mengerikan dari zaman jahiliyah dulu2..amin..
Continue reading...

usah lah garang...


haih..entah..sayang..tanggungjawab dan kasih...aku terperangkap!

kadang2 aku menyelusuri kembali sikap aku pada org lain. cara aku menegur kesalahan, memberi motivasi atau apa2 saja..

ya, ya aku mengaku aku garang ngn adik2. sampai diorg xberani bila aku nk buat keputusan pape. xberani nk dicide kalau aku tanye. takut kene marah kalau aku xsuka..tapi bila fikir balik, aku mmg xsuka bila org tajut ngn aku..pehal?

hm..kini, insyaallah xlagi..ilmu psikologi aku dh semakin la nk mantap walau xmantap pn..tapi ok lah kire. sbb ngn adik2 pn dh leh main tepuk tampar, peluk..kalau x...

orang soleh, ada adab..jika berhadapan dgn musuhnya, sehabis2 dia akan perangi, membenci dgn kekufuran..malah dgn maksiat depan mata..tapi bila dikalangan mereka, sesama muslim, mereka akan berlemah lembut, malah bersopan santun...

cari persamaan, dan berlapang dada lah pada yg xsama..

hidup ni, kadang2 kene mengalah..kalau xrugi, xsalah pn agar elak kan pergaduhan..

p/s: hope assigngment aku siap esok..
Continue reading...

Bila Malam.....


Bila malam tiba, aku jadi gelisah..sejak dua menjak ni, tahajud xjalan langsung. jalan pn time ada program tiap2 hari jumaat..moga2 Allah perkenankan aku untuk sentiasa dapat solat tahjud lagi..

aku terkenangkan seseorang yg pernah hadir dlm hidup aku. entahlah. aku rasa dia adalah org yg paling bersabar dgn karenah aku. tapi akhirnya mgkn dia pn dh letih. lalu, terbengkalai begitu sahaja pertemuan..aku sedar aku salah..

aku buat kesimpulan..sekarang ni aku jumpa dgn org yg sebijik mcm perangai aku time dulu2. so, sepatutnya aku kene belajar bersabar..ye..aku tgh belajar.

bak kata org, kdg2 org yg kita mcm xsuka, sebenarnya, yg tu lah leh hidup ngn kita. yg nmpak mcm boleh hidup je ngn dia, xsemestinya boleh ngam bila dah sebumbung..

hm..aku harap kak wa dan dia dapat maafkan aku. walaupun aku xsalah directly, tapi sebagai manusia, aku tetap rasa bersalah..

maaf kan aku..terima kasih kerna pernah buat ku bahagia..
Continue reading...
 

::SaKsiKAnLah:: Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice